...
...
...
...
...
...
...

As-Syakirin/ Pembinaan masjid baru bagi menggantikan masjid lama.

RM 320 of RM 5,000,000
Kempen Terbuka
Masjid As-Syakirin, Gurun Kedah . . .
“ 5 Mei 2023, adalah Jumaat terakhir anak kariah Masjid As Syakirin Guar Stesen, Gurun, Kedah “ Ini bagi memberi ruang kepada pembangunan wajah baru Masjid yang di jangka siap pada tahun 2024 nanti. Majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid baharu kariah Guar Stesen ini telah disempurnakan oleh Exco Agama, Pendidikan Dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Haji Najmi Hj. Ahmad pada 11 Mac 2022. Masjid baru As Syikirin Guar Stesen ini akan di bina di atas tanah berkeluasan 1.8 ekar hasil wakaf orang ramai, dan dana pembinaan masjid yang diperlukan berjumlah RM5 juta bagi tujuan meruntuhkan bangunan lama dan menggantikan dengan bangunan baru yang lebih lengkap fasilitinya dan lebih luas kepada jemaah menunaikan ibadah. Masjid ini akan menampung sekurang-kurangnya 2,000 jemaah dari 5 buah kampung dan 3 buah taman perumahan.