Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi Masyarakat setempat, Pelajar dan Pekerja, antara objektifnya:
Berperanan sebagai pusat kecemerlangan Syiar Islam melalui aktiviti pembudayaan ilmu.
Berperanan sebagai penggerak aktiviti keagamaan serta penyebaran dakwah Islamiah.
Berperanan sebagai pusat pembangunan nilai keagamaan kepada warga USIM melalui program Liqa’ Universiti dan program pengimarahan.
Berperanan sebagai pusat libatsama masyarakat dalam Hal Ehwal Islam.
Berperanan sebagai pusat rujukan Hal Ehwal Islam.