Cerita Kami

“Misi utama platform mariinfaq adalah menghubungkan komuniti Islam di seluruh dunia secara digital dengan tujuan mengimarahkan pembangunan masjid baru dan program-program kempen berkaitan masjid di Malaysia dengan lebih mudah, cepat dan selamat “

Platform mariinfaq yang ditawarkan di USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd adalah platform dana infaq. Penasihat kepada platform mariinfaq adalah Dr. Hisham Sabri, merupakan pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia dan pengkhususan dalam bidang Ekosistem Halal, Perniagaan & Pengurusan Islam.

USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd akan memastikan untuk mempromosikan mariinfaq sebagai platform orang ramai bagi menghulurkan infaq kepada yang memerlukan.