Platform mariinfaq yang di uruskan oleh USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB) mempunyai hak (reserves the right) untuk menggunakan semua data dan maklumat peribadi penyumbang untuk tujuan berkaitan platform mariinfaq. Mariinfaq mempunyai hak untuk mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya kami dengan suci hati mempercayai bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi prosiding undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang terhadap pihak kami. Platform mariinfaq mempunyai hak dan boleh mendedahkan data personal dan maklumat peribadi sekiranya berlakunya keadaan penggabungan, pengambilalihan, penstrukturan, kebankrupan atau mana-mana prosiding berkaitan. Platform mariinfaq tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian data dari sistem platform mariinfaq.
Penerima sumbangan dana dan pengguna adalah bertanggungjawab untuk memastikan maklumat yang diberi adalah benar. Sekiranyanya penerima sumbangan dana mengemukakan maklumat salah dan tidak lengkap, pihak platform mariinfaq berhak memohon penerima sumbangan mengemukakan maklumat tambahan atau membatalkan permohonan sumbangan. Platform mariinfaq akan mengenakan caj dan yuran yang termaktub sahaja. Sebarang kemasikini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Platform mariinfaq akan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang penipuan berlaku. Data personal dalam platform mariinfaq adalah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Personal Data and Protection Act 2010 (PDPA 2010) Malaysia.
Bagi penyumbang dan pengguna kurang dari 18 tahun, sila dapatkan nasihat dari ibubapa atau penjaga sebelum memberikan anda kepada platform mariinfaq. Platform mariinfaq tidak akan bertanggungjawab sekiranya penerima sumbangan dana menyalahgunakan sumbangan tersebut sekiranya ia telah dipindahkan ke akaun terbabit. Jika ada unsur penipuan dan pelanggaran undang-undang, pihak platform mariinfaq akan melaporkan kepada pihak berkuasa. Jika penyumbang membuat sumbangan dana, platform mariinfaq memiliki hak untuk mendapatkan maklumat selanjutnya seperti Nama, Nombor Telefon atau alamat E-mail sekiranya perlu. Dengan pendaftaran dan sumbangan oleh penyumbang, penyumbang dianggap telah bersetuju dengan semua syarat yang berkaitan. Sebarang perubahan kepada syarat dan terma berkaitan adalah tertakluk sepenuhnya kepada Platform mariinfaq.